8 Dis 2018 hari khamis jam 8 pagi sebaik kami sampai di airport Bada Acheh kami dijemput oleh Ika n supir kali ini .Kami ke kedai dulu untuk sarapan.kami order nasi uduk rupanya nasi lemak Acheh siap dgn ayam n kupi acheh yg sedap.
Pantai Uleelhue utk orh pergi ke pulau.Kami sekadar menghadirkan diri di sini kerana hari sudah petang.Kami sempat beli goreng pisang salai agak sedap n manis.
PLTD Apung kapal kanakuasa elektrik Banda Acheh yang dihanyutkan semasa tsunami jauh dari tempat asalnya kini tersadai di tengah bandar Acheh.Sudah agak berkarat besi2nya kurang diberi perhatian oleh agen pelancongan Acheh.
Kawasan tandas masjid Baitur Rahman.Bnayak bantuan dari negara Islam membina semula masjid ini.Kini masjid ini sangat cantik siap dengan payung besar seperti masjid Nabawi,Madinah.
Bot nelayan atas rumah.Bot ini juga dihanyutkan oleh tsunami sehingga mendarat di atas bumbung rumah orang kampung Lampulo.
Di bandar Acheh bulan dis kebetulan ada durian murah berbanding Malaysia.RM20 utk 5 biji kami makan dengan isi yang elok manis.
Taman permainan Putri Pahang yang berkahwin dgn Tengku Iskandar Acheh.Hari jumaat tutup tak dapat kami masuk ke dalamnya.
Kami menginap di hotek Kota Radja di bandar Acheh.Sarapan pagi biasa la nasi ,ayam goreng,tempe,masak lemak n roti kalau lambat turun habis.
Sebahagian masjid Rahmatullah yang ditinggalkan tidak dibina semula sebagai kenanagn/pengajaran kesan tsunami.
Pantai kg Lampulo cantik airnya biru.Biasanya sabtu,ahad ramai pengunjung tetapi kami datang pada hari jumaat pasti tiada orang.
Di dalam Rumoh Acheh banyak kisah pahlawan Acheh antaranya panglima Umar n isterinya Nyah Tien..berjuang utk kemerdekaan Acheh dari tentera...Panglima Umar ada persaudaraan dgn P.Ramli Malaysia.Rumoh Acheh tiada bayaran masuk tetapi disediakan tabung derma seikhlasnya.Ada penjaga rumah yang menerangkan sejarah Acheh dan kisah rumoh Acheh yang dibina semula selepas perang.
____________________________________________________
Flight Rm2000 utk 4 org
Supir n tourist guide rm600 seorang termasuk transport n hotel utk 4 hari 3 malam
jumlah rm2400
makan sendiri termasuk makan supir n tourist guide.
Shopping n makan rm1000
____________________________________________________
JUMLAH kasar rm5400
Watsap Ika 0193068651
Ika ni masa kami di Banda Acheh dia student di University Banda Acheh kursus Sastera Arab tahun akhir .Tetapi katanya jika sesiapa nk khidmat dia akan uruskan .Supirnya Wak Lu.


























No comments:
Post a Comment