Sunday, 1 April 2018

21-25 mac 2018 Sabah

Homestay ini namanya 
Kota Kinabalu Guest House 
0195856346 Khai
0175584919 Yana
Homestay ni terletak di tingkat bawah Apartment Lok Kawi height 10 minit dari airport Kota Kinabalu.Kami bertolak dari airport Penang flight Air Asia jam 3.0 ptg tetapi delay 1jam30 minit .Sampai di KK jam 7.40 mlm selepas flight 2jam 40 minit.Kami ambil ubber dgn bayaran rm12 sampai ke homestay Lok Kawi .



Pagi pagi jam 8 sesudah solat dhuha kami ke rumah Rosaner teman serumah masa zaman bujang di SMK Bt.Sapi. Breakfast di rumahnya. Selepas itu kami ronda dengan misi mencari Sapi Rock tetapi tidak jumpa kerana banyak pembinaan kilang.Seterusnya kami ke sek lama kami Smk Bt Sapi untuk sesi bergambar kali ke 2.Kali pertama dulu camera kami tercicir dalam AirAsia hilang dengan gambarnya sekali.Nostalgia sungguh di sini.Selepas itu kami ke Sandakan market misi mencari telur penyu,lobster dan udang kering besar. Lobster hidup rm150 sekilo.Boleh dibawa ke kundasang.






Bersama Rosaner di rumahnya.

Hadapan SMK Bt Sapi.






Berasama Dr.Humin Jusilin kawan x Bt Sapi.


Sesiapa yang berminat mendaki gunung kinabalu pasti melalui jalan ini tempat permulaan hiking.Kalau ada tenga minat juga untuk melihat puncak gunung tapi masa telah berlalu tiada rezeki untuk menikmatinya.Cukuplah melihat tempat permulaan pendakian.Tandas banyak disediakan di sini juga pondok-pondok berihat.Kami sempat menjamu selera dengan makanan yang siap di beli di pasar tani kundasang ,kebetulan hari ini hari sabtu ,ramai orang menjual . Bolehlah untuk alas perut nasi lemak,ayam bakar,kuih muih dan air.
Oleh kerana baru lepas hujan ,suhu masih sejuk di sini kenalah pakai sweater,stokin dan air di toilet juga sejuk.







Irfan anak muda ini adalah pelajar UMS.Melalui dia kami menyewa kereta Mywi dengan harga yang murah sikit RM100/sehari untuk 3 hari perlu bayar rm300 sahaja.Oleh kerana kami menyewa apartment di Lok Kawi Height 10 minit dari Kota Kinabalu Airport jadi kenalah Irfan menghantar kereta sewa itu dari UMS ke tempat sewa apartment kami.UMS dan airport adalah hujung hujung Kota Kinabalu lebih kurang 30 minit.
Waktu balik ,ahad 25 mac 2018 kami drive untuk hantar kereta ke UMS.Awal pagi jam 8 baru keluar dari apartment n bertolah ke UMS jalan raya agak lengang kerana hari ahad .Dari UMS kami dihantar oleh Dr.Humin dengan Hilux ke airport selepas sarapan pagi .

Bertolak dari UMS jam 1 tgh 22 mac 2018 khamis ke Sandakan.Sampai di Sndakan maghrib jam 6.30 ptg.Terus ke Bt 4,Cassan Uno homestay rm200 semalam.Homestay ini juga kepunyaan seorg guru.Ada 3 bilik.Tiga2 bilik aircond.Master bedroom ada extra tilam n bantal tapi kamihanya berempat tak perlu tilam n bantal lebih.Yang tak bestnya air paip/shower di master bedroom n bilik air tingkat atas ni sangat perlahan n tak selesa utk mandi.Di belakang homestay ni ada tong biru besar utk takungan air mungkin pressure tak kuat utk air sampai ke tingkat satu.Rumah ni dua tingkat.Selepas letak barang di dalam rumah kami keluar ke bandar Sandakan untuk dinner.Walau jam 8.30 mlm tapi banyak kedai sudah tutup.En somi mengajak kami makan di tepi post office Sandakan ada pasar malam .Kami makan ikan sebelah bakarn ika pari agak murah lebih kurang rm 30 lebih makan nasi putih n air sekali.Cukup utk dinner malam itu.

Rumah terbalik ni di pekan Tamparuli tepi jalan sahaja.Tetapi dari main road memang tak nampak rumah ni cuma ada signboard.Bayaran masuk rm12 untuk dewasa.Di dalam rumah terbalik tak boleh bergambar cuma boleh bergambar di luar rumahnya sahaja. 


Inilah homestay Dahli di kg Mesilau.Bilik macam rumah panjang pulak.Ada 4 bilik dan berkongsi bilik air dan dapur masak.Air panas di bilik air ada.tempat BBQ pun ada sekali dgn arang.Bayaran cuma rm55/bilik.Kebetulan kami sampai hari hujan .Sampai dari Sandakan hampir maghrib.Bertolak dari Sandakan jam 2 ptg hari jumaat 24 mac 2018.Aku sempat solat jamak takdim zohor asar di homestay Cassan Uno ,Bt.4 Sandakan.Yang lelaki ni singgah solat di masjid Qordawi,Telupid.Katanyanya di masjid ni mustajab berdoa.

Bahagian depan homestay ni adalah rumah tuan rumah,seorang guru mengajar PJ di smk Ranau.Homestay ni selesa di bawahnya ada anak sungai.Selepas solat jamak takdim  maghrib isya en somi siapa masak lobster ,udang harimau besar dengan perencah tomyam.Nasi kami masak dgn rice cooker yg disediakan beras merah dibeli di pasar Sandakan.Lobster hidup di pasar Sandakan rm150 tambah udang harimau rm30 sekilo sepanjang tapak tangan.Besar udang harimau tu.Cukup la untuk dinner kami 4 beranak.Kebetulan sebelah bilik kami ada student UKM ada program keluarga angkat.Esok paginya kami bfast dengan maggi.Pagi ini kami menuju ke kaki gunung kinabalu,sebelum itu kami singgah dulu di Dairy Farm.

Inilah pemandangan di pintu masuk Dairy Farm pusat ternakan lembu susu.Orang kata view di sini cantik seakan-akan New Zealand.Bagi aku boleh tahan la tak boleh lawan view Cow Farm di Swizerland atau New Zealand sebab rumputnya tak smooth agak kasar .Tapi cukup mempesonakan kesejukan n nyaman di sini.

Ini pini masuk bangunan tempat memerah susu dan tempat jualan ais kerim,susu segar,yogurt n bagi aku ia sangat sedap.Habis satu kotak kecil aku minum sambil melawat ke beberapa Barn yg ada.Antaranya kambing n lembu susu yg sedang berihat.Waktu susu diperah ialah jam 2 ptg aku sampai jam 10 .30 pagi jadi tak dapat la menyaksikannya.Kena datang lagi la.Insyaallah jika ada rezeki best juga datang ke sini terutamanya susu coklat yg lemak manis tu....yummy..

Memang ramai pelawat ke sini.Terpaksa bergilir2 bergambar.Terjumpa pula cikgu anak di sini.Kecilnya dunia ini.

Ini la homestay Apartment Lok Kawi.10 minit dari airport.Tiga bilik lengkap dgn dapur n satu bilik air.Sabun mandi,shampoo semua lengkap.Aircond untuk dua bilik.Ini bilik k3 tiada aircond tapi ada iron wap.

Dapur masak yg lengkap dan air panas n sejuk jadi boleh la bancuh milo utk bfast.


Ruang tamu ada tv n alunan bacaan alquran dari jam digital.

Master bedroom aircond n kipas.semuanya berkonsepkan hello kity dari lampu,bedsheet,curtain semua merah n biru hello kity ,cantik pula.

Kandang kambing di Dairy Farm.


Kandang Lembu.











Jumlah perbelanjaan ke Sabah.
Tiket air asia rm 2000 utk 4 orang
homestay KK Rm300   utk 2 mlm
homestay Sandakan rm200 utk 1 mlm
Homestay kg Mesilau rm110 utk 1 mlm
sewa kereta mywi rm300 utk 3 hari
Bayaram masuk Dairy Farm rm20 utk 4 org
Rumah terbalik rm24 utk 2 org  anak2 tak nak masuk tertidur dlm kereta keletihan
Dobi pakaian kotor rm18
Makan makan rm400+ petrol rm100
shopping beli udang kering Sandakan,susu Dairy Farm,amplang,tshirt RM200
___________________________________________________________ 
JUMLAH KASAR RM 3648
Jika pakej RM1200 seorg tetapi tak sampai sandakan .
____________________________________________________________
pergi sendiri lebih menjimatkan dan free n easy cuma banyak berdoa agar selamat di jalanan.
Semasa kami bertolak dari Sandakan jam 2 ptg jumaat 24 mac 2018 hujan lebat tak nampak jalan.Jalan dah kecil jika ada kereta slow di hadapan atau lori kena follow dgn sabar n jika ada jalan lebar sikit cepat2 memotong.Jalannya pun tak cantik banyak juga kwsn berlubang kena drive berhati2.Oleh kerana masa pendik hanya 4 hari jadual padat jadi badan agak letih.Malam akhir di Kota Kinabalu rasa malas nak ronda bandar KK.Hanya berihat di hstay sementara anak hantar baju ke dobi dia sempat jumpa kawannnya di KK n en somi date dgn kawannya di hstay sahaja . 
Insyaallah jika ada rezeki macam nak gi lagi Sabah ni ...dah balik rasa best pula masa kt sana n santai gitu bersama keluarga.







No comments:

Post a Comment