Jam 7.30 pagi kami menaiki komuter ke Padang Besar Perlis hrga tiket RM12.40.Kali ini kami bertujuh.Komuter interchange diBukit Mertajam.Jam 10.30 pagi dah sapai di Padang Besar.Bersarapan dulu kemudian cop paspot di imigresen dan menaiki van ke The train hotel Hatyai.Bermalm di Hatyai dan esok tengahari bertolak ke airport Hatyai untuk terbang dengan air asia ke chiangmai.Bermalam di Lanna Guest house berdekatan dengan pasar malam Anursan market.
Kami dinner di restoren Aisah Anursan market.
Esoknya jam 8.00 pagi waktu Thai kami menaiki van seramai 10 orang bertolak ke Chiangrai.
Kali ini group kami ada 33 orang terdiri dari guru,surirumah dll.Kena guna 3 van dan sebuah kereta.
Pertengahan jalan ke Chiangrai kami singgah di Hot Spring.Sempatlah merebus telur puyuh dan makan murtabak pisang dan telur.
Lepas itu teruskan perjalanan ke Golden Triangle, Chiangrai.
Sampai di Golden Triangle jam 2.00 ptg dan membeli tiket bot untuk ke Laos dan pinggir Myanmar.
Di Danao island,Laos kami cop paspot dan ronda-ronda kawasan gerai jualan tapi tidak membeli pun kerana harga mahal dan tiada yang diminati.
Lewat petang ke Maesai sempadan Myanmar dan cek in resort.Malam kami ronda pasar malam Maesai mencari makanan .Sekadar jumpa pulut ayam dan cukuplah untuk dinner.
Esoknya jam 9.00 pagi kami bertolak ke Chiangrai.Kami singgah di Mae Fah Garden merupakan sebuah taman bunga yang teratur dan cantik.Dalam hujan renyai-renyai kami berfoto di sini.
No comments:
Post a Comment