
Pada13 Mac bersamaan hari ahad ,alhamdulillah aku diberi peluang untuk ziarah ke Bukit Tinggi,Sumatera Barat.Tambang seorang lebih kurang RM500.Kami pergi dengan Air Asia flight jam 1.55 tgh.Berasama aku ialah suamiku,anakku Haqim,keluarga adikku dan kakakku.Jam 9.00 pagi kami telah bertolak dari rumah di Kelang menuju ke Putrasentral untuk park kereta di sana.Kebetulan ada 1 tempat park yang kosong tapi tidak berbumbung berdekatan dengan tangga naik ke atas perhentian Putrasentral.Kami ambil tiket train transit berharga RM9.40 seorang untuk ke KLIA2. Train ni setiap 15 minit kot sekejap tunggu dah tiba.Dari Putra sentral dia transit ke .. dan akhirnya KLIA1 dan berakhir di KLIA2.Naik lift ke tingkat berlepas.Jumpa adik beradikku yang lain dan kami check in barang .Aku ambil 15 kg luggage.Ada 3 beg kecil semua kami masuk luggage,lepas tu berlenggang masuk ke pintu 16 jauhnya berjalan nasib baik berlenggang.Sambil menunggu flight sempat aku berbual dengan sebuah keluarga dari Bangi yang juga nak ke Padang.Semasa di dalam flight kami diberi kad imigresen untuk diisi.selepas 45 minit terbang sampailah kami ke airport Padang.Supir kami Zainal telah menunggu.Kami singgah makan di kedai makan Lamunan ombak makan nasi padang.Lepas tu teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi sambil singgah solat jamak takhir dan qasar zohor dan asar si masjid di pertengahan jalan.Masjidnya cantik dan bersih walau kecil,terpelihara.Di pertengahan jalan lalu di air terjun yang tinggi.Sekitarnya banyak kolam-kolam air rasanya lebih 10 buah kolam kecil dan ramai oarang mandi manda.
Di pertengahan jalan juga Zainal singgah di tempat orang menjual kuih bika ubi campur kelapa muda...sedap juga tapi manis.
Tiba di hotel kami tempah melalui Agoda kira-kira jam 6.00 petang.Hotel kami Graha Muslim.Hotel lama ni tiada kipas dan aircond dan sarapan dihantar ke bilik ...nasi goreng dan teh .Hari kedua ada lontong dan mi masih air teh.
14 Mac isnin jam 8.30 pagi kami telah stanby untuk berjalan-jalan.Destinasi utama Zainal hantar kami ke kedai kain sulam terkenalah kami RM100-80 sepasang.belilah juga.Kami minta dihantar ke Kedai Atas di jam gadang.Di sini kena pandai tawar menawar untuk dapat harga serendah RM65 sepasang kain sulam.Hampir 11 pagi kami bertolak untuk ke istana pagar ruyung.Di pertengahan jalan Zainal bawa kami singgah di kedai yang menjual kopi asli.
Bukan setakat air kopi,air kulit kayu manis,air kunyit berasam dan manis dan macam-macam jenis air ada di sini.Minum free,unik dalam tempurung kelapa.
Singgah lagi ke kedai makan untuk makan tengahari.Ramai orang Malaysia /pelancong di kedai ini.Nasi padang kali ke 3 kami ini.Kedai makan ini didirikan di atas kolam ikan air tawar,sisa makan buang aje dalam kolam berebut ikan tilapia,keli besar makan.



Pemandangan sawah padi Dijual di kedai-kedai dibuat dari kertas berwarna

Tempat simpanan padi rakyat ketika sultan memerintah.

Ini adalah rumah bapa Hamka yang dijadikan masjid/surau untuk budak-budak belajar mengaji Al Quran.Rumah ini masih dipeihara dengan baik.Sepanjang berada di kawasan Bukit Tinggi suasana amat nyaman ,sejuk dan uadara bersih dan segar almaklum tiada pencemaran.Semuanya kawasan sawah padi berteres menuruni bukit.Rumah-rumah kampung yang memiliki kolam ikan air tawar.Hampir setiap rumah ada kolam/takungan air bukit/gunung yang sejuk,bersih dan jernih.Masjid juga menakung air gunung yang sejuk.
Pemanadangan dari atas bukit nampak lah Danau terbentang luas dan pemandangan yang cantik ini.
Selepas siap berposing di Danau Meninjau kelok 34,kami turun ke kelok 44 dan singgah lagi di kedai barangan kulit.Di sini juga pemabndangannya indah.Di tepi jalan ada dijemur kulit kayu manis.

Kami makan tengahari di kedai makan ini.Dibina petak-petak makan di atas sawah dan kolam ikan.Nasi padang lagi.Selepas makan baru kami tahu ada juga dijual ikan laut tapi perlu kita order kalau tidak ikan tilapia/keli/ayam yang dihidangkan.
16 Mac 2016 hari rabu seawal jam 8.30 pagi selepas bfast kami ke pantai Air Manis,Padang.Di sini kami menjejaki sisa peninggalan Malin Kundang.Bergambarlah aku dengan Malin Kundang,replika batu dan simen di atas kapal pecah di tepi pantai

Tali kapal juga adalah batu dan simen.Budak-budak ni seronok main ATV sewa RM30 untuk 30 minit meronda pantai Air Manis.
Hampir jam 11 kami bertolak ke Padang airport.Jam 1.15 tgh kami pun flight kami pun berangkat menuju Malaysia.45 minit kemudian selamat lah pendaratan kira-kira jam 3.30 ptg di KLIA2.Gembira tiba di tanah airi dengan kenangan manis dari tanah seberang.Ada rezeki akan ke Tanah minangkabau lagi...insyaallah...












No comments:
Post a Comment