Thursday, 31 March 2016

HATYAi TO KRABI 29 Mei - 1 Jun 2016
Cuti sekolah pertengahan tahun kali ini kami konvoi kereta ke negara Thailand.Kunjungan ini merupakan kali ke 3 aku ke negara gajah putih ini.Bezanya kali ini aku membawa bersama keluarga adikku buat kali pertama.
Sepatutnya awal pagi kami bertolak tetapi untuk mengelakkan jem teruk atau que panjang di imigresen Bukit Kayu Hitam kami bertolak lewat tengah hari.
Kira-kira jam 2.00 tengah hari kami sampai di imigresen Bukit Kayu Hitam...tidak perlu beratur panjang.Hanya 1/2 jam berbaris paspot selamat dicop dengan donation RM1...donate terpaksa.
Dengan  4 buah kereta kami bergerak menuju Hatyai....resort telah kami book awal RM70/night .
Singgah sebentar di masjid utk solat jamak takhir zohor asar.
Lebih kurang jam 3 lebih kami tiba di bandar Hatyai.
Shopping time pun bermula di Lee Garden.Tempatnya macam Pasar Ben Ten di Vietnam/Pasar Atas di Bukit Tinggi....segala-galanya ada mula dengan pakaian,beg-beg/buah-buahan/cenderahati...permainan kanak-kanak.....yg paling suamiku  dan anak -anak suka barangan elektrik...radio/ dll.
Hampir menjelang maghrib kami check in....
Lepas maghrib kami keluar pula ke pasar malam Klong Ae pasar terapog untuk menikmati jualan di dalam perahu...Tidak banyak jualannya dan orang pun kurang mungkin sudah lewat jam 9 mlm.Suasana agak bising dengan nyanyian Thai.
Hampir jam 10 mlm kami pulang ke resort utk tidur.
 

 

FLOTING MARKET AT KLONG AE- HATYAI

Setiap Jumaat,sabtu dan ahad malam dari jam 5 petang hingga 10 malam.





Selepas sarapan di bilik hanya roti dan milo jam 9.pagi kami meneruskan perjalnan ke Krabi.
waktu Malaysia jam 8.00 tetapi di Hatyai / Krabi adalah jam 7.00 pagi...jamnya lewat 1 jam dari Malaysia.
Dipertengahan jalan kami singgah di Rn R.
Replika  atau patung gajah adalah mercu tanda negara Thaiand.
Kami sempat bergambar sebagai kenangan.Udaranya  segar dan sejuk sebab banyak hutan.



Hampar jam 3 petang kami singgah makan tengah hari dan seterusnya sampai Krabi jam 5 petang.
Kami walk in Pornthep Hotel di pinggir pantai Aonang.
RM70 untuk semlam kami ambil 5 bilik untuk 2 malam di sini.
Malamnya lepas maghrib kami keluar makan di kedai depan masjid .Agak murah...semestinya Tomyam lagi n nasi putih bersama daging goreng pedas ....sedap
Sebelum pulang ke hotel kami ronda sepanjang gerai-gerai di Pantai Aonang yang happening.

Berkumpul menunggu taklimat dari tourist guide sebelum naik bot.-island hoping.

Esok,31 Mei jam 8.00 pagi kami berkumpul dengan tourist guide Thai lelaki kelakar orangnya bersama grup lain untuk islnad hoping.Kami menaiki bot besar dengan enjin nya 4 ..muat untuk 50 orang untuk ke Phi2 island dan pulau-pulau lain seharusnya 10 puau.Oleh kerana cuaca tidak baik bilngan plau dikurangkan.Hujan sekejap-sekejap dan langit mendung.Ombak besar dan laut dalam.Bot teroleng-oleng dan terlambung-lambung namun tidak sedikit pun aku berasa takut.Mungkin sebab bot yang besar dan sentiasa memakai jaket keselamatan menyebabkan aku confident.Namun sepnjang asa zikir semestinya sentiasa di bibir.

Pulau pertama ialah Bamboo island.Pantainya putih .setengajh jam untuk sampai ke pulau ini.Di sini pantainya putih bersih.Semua bot mendarat di sini.Kami mencari kawasan khas untuk dibenarkan berenang di lautnya yang biru.Walau ombak kuat sedikit tapi ramai yang mandi di sini.Aku dengan jaket keselamatan tidak melepaskan peluang mandi laut di sini.

 BAMBOO ISLAND
Mandi manda,berenang,pantai putih bersih,siap ada toilet

 

 

Setengah jam kemudian kami menaiki bot semula untuk ke puau-puau yang lain.
Hampir jam 2 petang kami singgah setengah jam di Phiphi island untuk makan tengah hari buffet.
Aneka jenis maknanan tapi no kuih-kuih.Nasi,spagheti,buah-buahan n minuman panas dan sejuk.Hujan menyebabkan kami amat lapar n dalam kesejukan dan berkaki ayam kami berjalan terus ke resoren yang disediakan .Di Phi2 island ni banyak chalet dan restoren makan,masjid pun ada,hospital kecil pun ada,kedai2 barangan souvoner pun ada.Aku tidak sempat menikmati [emanadangan di sini sebab sejuk,lapar dan masa diperuntukkan pendek 45 minit sahaja.
Lepas makan terus naik bot semula untuk jelajah pulau-pulau seterusnya,Monkey island,Vikig King island dan puau lain.Kami tidak dapat ke Maya beach kerana hujan dan ombak pun sangat besar.Maya beach menghadap laut lepas Teluk Andaman.
Sampai di beberapa pulau semua dibenarkan turun berenang...dan ada pulau dibenrakan snorkling untuk melihat coral/batu karang dan ikan-ikan.Setiap pulau 20 minit saja berenang.Semestinya kaki tidak berpijak ke dasar atau coral....berani ke ...yang berani seronok berenang n bersnorkling.Anak-anak kecil dan dewasa memakai jaket keselamatan n ada yang tidak memakainya sebab tahu berenang,



Pengambaran filen Viking King pernah dilakukan di                                                                               sini.Peninggalan tali-tali kapal masih di sini.


Di Phiphi island ,selepas makan tengah hari di restoren di sini kami merakam gambar kenangan.
Makanan dihidang secara buffet.
Anika pilihan ,teh,kopi,jus buah,tembikai,pastinya nenas tidak ketinggalan.Nenasnya manis seperti disuntik gula.
Nasi dan spageti turut dihidangkan.
Hujan sekejap-sekejap membuatkan kami rasa lapar dan berkaki ayam menuju ke restoren.
Di pulau ini terdapat kelinik kesihatan,chalet,padang permainan dan semstinya gerai jualan souvinier termasuk selipar.
Banyak restoren di sini begitu juga chalet yang cantik dan menarik.

Berbaju biru tu tourist guide kami..Islam,Din namanya.



 

 


Jam 5 petang kami pulang semula ke pantai
Aonang.
Seronoknya island hoping .

Malam itu kami keletihan tetapi gagah jam 9 mlm keluar ke pantai Aonang untuk makan malam.Kali ii ke restoren Bamboo....pelayan kedai pandai berbahasa melayu..

.di restoren ini semestinya makanan agak mahal air teh limau pun rm5...kur tiow rm9....

Esok jam 9 pagi kami meninggalkan Krabi menuju ke Satun untuk ke Kg Pak Para....Pak Bara Pier...mencari nasi goreng ketam dan Tomyam yang sedap ada ikan siakap sekor.
Jam 2.00 ptang sampai di Pak Bara wilayah Satun.Order Tomyam putih,sotong celup tepung,somtam,ikan siakap 3 rasa (lain kali order yg ikan bakar lagi best....dan tapau nasi greng ketam.
Dari Pak Bara terus ke Wang Prasat untuk ke Wang Kelian.Tiba di Wang Kelian imigreesn hampir jam 6.00 petang.Imigresen Wang Kelian ditutup jam 6 petang.
Singgah solat jamak takhir zohor asar di masjid berhampiran dan meneruskan perjalanan pulag.
Mengikut jalan menuju ke Padang Besar tetapi belok ke kanan jalan atas menuju ke Chuping/ladang tebu terus ke Changlun,...terus ke Gurun...singgah solat maghrib isha di Juru dan sampai rumah Bandar Baharu jam 9 malam.

Bukit Tinggi,Sumatera Barat,Indonesia

Pada13 Mac bersamaan hari ahad ,alhamdulillah aku diberi peluang untuk ziarah ke Bukit Tinggi,Sumatera Barat.Tambang seorang lebih kurang RM500.Kami pergi dengan Air Asia flight jam 1.55 tgh.Berasama aku ialah suamiku,anakku Haqim,keluarga adikku dan kakakku.Jam 9.00 pagi kami telah bertolak dari rumah di Kelang menuju ke Putrasentral untuk park kereta di sana.Kebetulan ada 1 tempat park yang kosong tapi tidak berbumbung berdekatan dengan tangga naik ke atas perhentian Putrasentral.Kami ambil tiket train transit berharga RM9.40 seorang untuk ke KLIA2. Train ni setiap 15 minit kot sekejap tunggu dah tiba.Dari Putra sentral dia transit ke .. dan akhirnya KLIA1 dan berakhir di KLIA2.Naik lift ke tingkat berlepas.Jumpa adik beradikku yang lain dan kami check in barang .Aku ambil 15 kg luggage.Ada 3 beg kecil semua kami masuk luggage,lepas tu berlenggang masuk ke pintu 16 jauhnya berjalan nasib baik berlenggang.Sambil menunggu flight sempat aku berbual dengan sebuah keluarga dari Bangi yang juga nak ke Padang.Semasa di dalam flight kami diberi kad imigresen untuk diisi.selepas 45 minit terbang sampailah kami ke airport Padang.Supir kami Zainal telah menunggu.Kami singgah makan di kedai makan Lamunan ombak makan nasi padang.Lepas tu teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi sambil singgah solat jamak takhir dan qasar zohor dan asar si masjid di pertengahan jalan.Masjidnya cantik dan bersih walau kecil,terpelihara.Di pertengahan jalan lalu di air terjun yang tinggi.Sekitarnya banyak kolam-kolam air rasanya lebih 10 buah kolam kecil dan ramai oarang mandi manda.


Di pertengahan jalan juga Zainal singgah di tempat orang menjual kuih bika ubi campur kelapa muda...sedap juga tapi manis.
Tiba di hotel kami tempah melalui Agoda kira-kira jam 6.00 petang.Hotel kami Graha Muslim.Hotel lama ni tiada kipas dan aircond dan sarapan dihantar ke bilik ...nasi goreng dan teh .Hari kedua ada lontong dan mi masih air teh.
14 Mac isnin jam 8.30 pagi kami telah stanby untuk berjalan-jalan.Destinasi utama Zainal hantar kami ke kedai kain sulam terkenalah kami RM100-80 sepasang.belilah juga.Kami minta dihantar ke Kedai Atas di jam gadang.Di sini kena pandai tawar menawar untuk dapat harga serendah RM65 sepasang kain sulam.Hampir 11 pagi kami bertolak untuk ke istana pagar ruyung.Di pertengahan jalan Zainal bawa kami singgah di kedai yang menjual kopi asli.
Bukan setakat air kopi,air kulit kayu manis,air kunyit berasam dan manis dan macam-macam jenis air ada di sini.Minum free,unik dalam tempurung kelapa.
Singgah lagi ke kedai makan untuk makan tengahari.Ramai orang Malaysia /pelancong di kedai ini.Nasi padang kali ke 3 kami ini.Kedai makan ini didirikan di atas kolam ikan air tawar,sisa makan buang aje dalam kolam berebut ikan tilapia,keli besar makan.




                                                                                    




    Pemandangan sawah padi                              Dijual di kedai-kedai dibuat dari kertas berwarna



 kawasan Istana Pagar Ruyung
Tempat simpanan padi rakyat ketika sultan memerintah.



Ini adalah rumah bapa Hamka yang dijadikan masjid/surau untuk budak-budak belajar mengaji Al Quran.Rumah ini masih dipeihara dengan baik.Sepanjang  berada di kawasan Bukit Tinggi suasana amat nyaman ,sejuk dan uadara bersih dan segar almaklum tiada pencemaran.Semuanya kawasan sawah padi berteres menuruni bukit.Rumah-rumah kampung yang memiliki kolam ikan air tawar.Hampir setiap rumah ada kolam/takungan air bukit/gunung yang sejuk,bersih dan jernih.Masjid juga menakung air gunung yang sejuk.

Pada hari ke 3 bersamaan 15 Mac seawal jam 8.30 pagi kami telah mula kengahri baru ke  Pasar Atas jam gadang untuk membuat belian terakhir .Pastinya kain pasang sulam,tshirt anak-anak,seluar baju di sekitar jam gadang.ada juga penyanyi jalanan memainkan lagu minang.Kereta kuda juga ada.Hampir jam 11 tengahri baru ke kelok 44 untuk ke rumah Hamka tetapi terlewat sampai .Rumah itu diurus oleh keluarga Hamka dan dibuka hingga jam 12 tgh sahaja.Jadi kami hanya sampai ke kelok 34 sahaja iaitu di Danau Meninjau.
Pemanadangan dari atas bukit nampak lah Danau terbentang luas dan pemandangan yang cantik ini.

Selepas siap berposing di Danau Meninjau kelok 34,kami turun ke kelok 44 dan singgah lagi di kedai barangan kulit.Di sini juga pemabndangannya indah.Di tepi jalan ada dijemur kulit kayu manis.

Kami makan tengahari di kedai makan ini.Dibina petak-petak makan di atas sawah dan kolam ikan.Nasi padang lagi.Selepas makan baru kami tahu ada juga dijual ikan laut tapi perlu kita order kalau tidak ikan tilapia/keli/ayam yang dihidangkan.


Hampir jam 6.00 petang kami tiba di bandar Padang dan check in di hotel Daima.Barulah terasa seronok sedikit hotel baru,besar,cantik beakfast buffet,bilik besar ada wifi kami tempah dari Agoda dapat harga murah.Malam kami dinner seafood ,ikan bakar,sotong yang penting bukan nasi padang.
16 Mac 2016 hari rabu seawal jam 8.30 pagi selepas bfast kami ke pantai Air Manis,Padang.Di sini kami menjejaki sisa peninggalan Malin Kundang.Bergambarlah aku dengan Malin Kundang,replika batu dan simen di atas kapal pecah di tepi pantai

Tali kapal juga adalah batu dan simen.Budak-budak ni seronok main ATV sewa RM30 untuk 30 minit meronda pantai Air Manis.
Hampir jam 11 kami bertolak ke Padang airport.Jam 1.15 tgh kami pun flight kami pun berangkat menuju Malaysia.45 minit kemudian selamat lah pendaratan kira-kira jam 3.30 ptg di KLIA2.Gembira tiba di tanah airi  dengan kenangan manis dari tanah seberang.Ada rezeki akan ke Tanah minangkabau lagi...insyaallah...